LIMITED PROMO UP TO 25% OFF
Tips Mudahnya Bersedekah

Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah separuh bulan Jun berlalu. Syawal juga sudah pergi, berganti dengan bulan Zulkaedah. 

Apa khabar momentum ibadah ? 

Moga terus konsisten dan meningkat dengan sihatnya, Ameen Ya Rabb.

Dalam banyak-banyak ibadah, salah satu yang sangat dianjurkan untuk kita berlumba-lumba dalamnya adalah bersedekah.

Banyak sangat kelebihan bagi mereka yang melazimi sedekah tau!

Mahu jadi mewah dengan kebaikan & pahala berpanjangan ? 

Ayuh cuba tip untuk ringankan tangan untuk bersedekah.

1. Pelbagaikan sedekah, bukan sekadar harta benda & material

Ramai menganggap sedekah itu mesti dalam bentuk wang ringgit & barang fizikal. Sebenarnya tidak! Paling mudah adalah dengan berikan senyuman sesama kita. Selain itu, membantu tugasan ahli keluarga seperti menjemur pakaian & membuang sampah juga boleh diniatkan sebagai sedekah!

2. Cari tokoh yang dermawan sebagai inspirasi contohnya Abdurrahman bin Auf

Tindakan akan lebih mudah jika kita jadikan seseorang sebagai inspirasi. Contohnya, kita jadikan ibu yang disayangi sebagai contoh & inspirasi. Moga kelak, kita terdorong menjadi ummi yang terbaik buat anak-anak!

3. Letakkan berapa nilai & siapa sasaran sedekah, lalu usaha mencapainya

RM 1 yang konsisten setiap hari itu lebih baik daripada RM 50 yang dikeluarkan sekali sebulan secara one-off. Bukan bermaksud tidak boleh beri secara bulanan mahupun tahunan, tetapi amalan yang konsisten itu lebih besar di sisi-Nya. Tidak mengapa kita mulakan dengan nilai yang kecil, mengikut kemampuan kita. Dan usaha untuk salurkannya di medium yang tepat. Walau sekarang kekangan dari sudut pergerakan, sedekah masih boleh disalurkan atas talian!

4. Bersyukur atas nikmat rezeki yang diberikan & zahirkan dengan pemberian

Bersyukur adalah satu attitude yang baik sebagai seorang hamba. Namun lengkapkan attitude kita dengan memberi pada yang memerlukan. Kongsi rezeki kita dengan yang lain. Yakinlah, sakinah (ketenangan) akan dirasai nun di lubuk sanubari!

5. Kuatkan azam untuk 'menabung' demi akhirat, dengan melazimi sedekah

Pasakkan dalam diri, kita berikan sedekah bukan untuk mengurangkan harta mahupun tenaga. Tetapi kita bersedekah untuk mewahkan karung pahala & penuhkan tabungan kebaikan kita!

Jadi, ayuh bersama berlumba-lumba dengan kebaikan yang satu ini!

Sumber catatan : Ustaz Pahrol Mohd Juoi - Berteduh untuk Ketenangan Hati