NEW ARRIVAL - Safia Series 20 Colours !
Nak Jadi Lebih Baik, Tetapi Risau Rezeki Hilang?

Syukur Alhamdulillah, kerana kita masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Sedang dalam seharian, kita dilambakkan dengan kisah-kisah kematian, lebih-lebih lagi atas asbab COVID-19.

Satu persatu insan terdekat pergi meninggalkan kita & dunia ini. Yang terbaharu, pemergian seorang penyanyi tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang sangat menghidupkan hati rakyat Malaysia. Pemergian beliau mengingatkan & menyedarkan kita bahawa hidup ini adalah sementara. Dalam tempoh seketika cuma ini, curahkan perhatian & berikanlah kasih sayang secukupnya pada insan tersayang.

Permulaan tahun hijrah ini juga, lebih ramai yang melakukan penghijrahan. Berhijab dan berusaha ke arah penampilan & identiti seorang wanita Muslimah seperti yang digariskan oleh Islam. Antaranya adalah Izara Aishah, Nana Mahazan, Betty Rahmad & Elizad Sharifuddin. Usaha mereka ini sangat bermakna kerana memberi pengaruh yang baik pada masyarakat.

Hijrah itu berkait rapat dengan niat. Jika baiknya niat, maka baiklah penghijrahan kita. Begitulah yang dicatatkan dalam hadis pertama dari kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

 “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (HR Imam Bukhari & Muslim)

 

Dalam berubah menjadi lebih baik, usah risau dengan hal rezeki. Kerana setiap orang mempunyai pintu rezeki masing-masing.

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela & menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak & rezeki yang makmur." - Surah An-Nisa' (100)

Justeru, gagahkan langkah untuk menuju ke arah kebaikan. Mungkin banyak kepayahan, tentangan dan kepahitan sepanjang jalan-Nya. Namun yakinlah, setiap kesusahan itu dikira sebagai ibadah jika diniatkan hanya kerana Allah.

We are in this together. Chin up, let's embark the journey together! wink