Perhiasan merupakan sesuatu yang sangat disukai kaum Hawa. Dalam syariat Islam, perhiasan dibenarkan kepada kaum Hawa, namun ada perhiasan atau mahkota terindah yang sepatutnya disematkan oleh mereka iaitu “rasa malu”, perhiasan yang paling terindah untuk semua
Islam menggambarkan wajah yang dihiasi dengan rasa malu bagaikan permata yang tersimpan dalam sebuah kapal yang jelas. Terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh oleh kaum Hawa jika sematkan rasa malu dalam kehidupan antaranya,
1)Setiap orang yang memiliki rasa malu nescaya akan tercegah dari perkara-perkara yang buruk dan perkara yang dimurkai oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Rasa malu itu lahir kerana seseorang merasai diri mereka diawasi oleh Allah s.w.t. Rasa malu itu juga berupaya menghindarkan diri kita daripada melakukan keburukan
2)Tiada seorang pun yang memakai perhiasan lebih indah dan memukau daripada perhiasan rasa malu. Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak ada sifat keji yang melekat pada sesuatu kecuali ia akan memperburuknya. Tidak ada rasa malu yang melekat pada sesuatu kecuali ia akan menghiasinya"
3) Rasulullah s.a.w bersabda; “Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.” (HR. Ibnu Majah) Begitu jelas Rasulullah s.a.w menekankan bahawa rasa malu itu merupakan identiti bagi setiap umat islam, bahkan tidak terlepas dari iman. Bagi seorang muslimah pula, rasa malu juga merupakan mahkota kemulian bagi diri mereka
Oleh itu, sebagai seorang muslimah, kita seharusnya menghiasi diri dengan malu di manapun diri kita berada supaya hati kita tidak terpengaruh oleh syubhat dan godaan yang boleh menyebabkan hilangnya malu dari diri kita.
TELEKUNG RAWDAH™
01116766977