Majlis Berbuka Puasa Telekung Rawdah 2022

Pernah dengar kata-kata ini : "Happy food, happy people!"

Alhamdulillah pada 14 April 2022, tim Telekung Rawdah & Leyazara berkesempatan untuk berbuka puasa bersama. Walau penuh dengan kekabutan kerja, banyak order perlu diuruskan, namun dapat juga kita laksanakan majlis ringkas ini.

Seperti biasa, masa rehat tengahari diluangkan dengan bertadarus membaca Al Quran. Seronok melihat betapa bersungguh semua memperbaiki bacaan dan menghayati bulan berkat ini. Berganjak sebelum Asar, sesi bergambar dijalankan. 

Tim Sales (dari kanan) : Farzana, Sara, Aliah

 

Tim Creative & Marketing (dari kanan) : Ain Amani, Amirah, Alia Izaaty (founder), Kamilia & Aishah

Tim Reseller (dari kanan) : Hanisah, Alia Izaaty (founder), Nurul

Lama tak beraya dengan sebenar-benar raya, jadi feelingnya memang syok & luar biasa! Bergambar ini bukan semata nak penuhkan ruang penyimpanan (storage) SD Card, tapi lebihnya untuk mengeratkan ikatan sesama insan di samping menenangkan fikiran & jiwa. Hujung2 Ramadhan, memang waktu kaum Hawa galak bershopping. Banyak stok telekung perlu dikeluarkan & diuruskan sebaik mungkin.

Tim Operation (dari kanan) : Aina, Linda, Alia Izaaty (founder), Mahirah

Tim Administration & Finance : Faezah, En Fadhil (director), Sherina

Usai Asar, kami berangkat ke Saujana Hotel Kuala Lumpur. Pelbagai juadah menjadi hidangan. Yang jenis mentah, bakar, goreng, manisan, semua menanti tetamu yang hadir. Paling best bagi admin, bila dapat bawa balik ayaq nyoq (air kelapa). Bukan apa, tak habis minum waktu berbuka jadinya sambung kat rumah pula. wink

Di kesempatan ini, warga kerja Telekung Rawdah & Leyazara ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Moga Allah terima segala amal baik kita & jadikan kita lebih baik dari sebelumnya.

P/s : Dah banyak makan ketupat, rendang, lemang kan? Jom start puasa 6 Syawal pula!