LIMITED PROMO UP TO 25% OFF
Kelebihan Berzikir Dalam Kehidupan

Bila cakap tentang zikir, apa yang terlintas dalam fikiran?

Ungkapan Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. La Ilaha Illa Allah. Dan banyak lagi.

Atau terus teringat pada Allah, terus laksanakan ibadah dan sebagainya.

Sebenarnya, zikir itu bermaksud mengingati. Zikrullah bermaksud, mengingati Allah.
Jadi sudah tentu banyak cara yang menzahirkan, menjadi tanda kita mengingati Allah. Boleh jadi dalam bentuk percakapan, ungkapan, perbuatan, amalan mahupun ingatan dalam hati dan minda. Dari sekecil-kecil perkara, hinggalah sebesar-besarnya.

Tiada yang kecil di sisi Allah. Dan jika kita benar-benar memaknai amalan yang kecil itu, ia mampu memberi impak yang hebat dalam hidup kita. Masha Allah!

Kita fokuskan pada ucapan zikrullah. Sebagai contoh, ungkapan Alhamdulillah.

Simple! Sangat mudah disebut, tidak memerlukan masa seminit pun untuk menyebutnya. Tetapi jika benar-benar hadirkan hati ketika menyebutnya, kita akan rasa sesuatu yang sangat-sangat seronok dalam hati. Rasa urmphhh! Tak tergambar dengan kata.

Di sini, kami kongsikan 5 kelebihan berzikir yang dipetik dari kitab Fadhail A'mal. Karangan asal dari kitab Al-Waabil As-Soyyib , penulisan dari Hafiz Ibnu Qayyim.


Moga kita dapat terus menghadirkan hati dalam zikrullah, dan melaziminya dalam kehidupan seharian. Jadikan ucapan zikir ini sebagai vitamin harian yang wajib kita hadamkan setiap hari.

Ayuh!