NEW ARRIVAL - Safia Series 20 Colours !
Hari Tarwiyah, Apa Tu?

Pernah dengar hari Tarwiyah?

Hari Tarwiyah adalah hari ke-8 dalam bulan Zulhijjah. Ia adalah salah satu hari yang sangat istimewa buat umat Islam.

Hari ini, kita disunatkan untuk berpuasa, lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak menunaikan haji.

Namun, kenapa ia diistilahkan sebagai hari Tarwiyah?

Disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya, bahawa ada 2 sebab hari ini dinamakan hari Tarwiyah.

  1. Setelah jemaah haji yang berihram , akan bergerak ke Mina untuk bermalam. Ketika di Mina, para jemaah akan menyiapkan bekalan air untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan sebagai 'Yatarowwaun' (يتروون).
     
  2. Dinamakan juga Tarwiyah, kerana pada malam tersebut, Nabi Ibrahim a.s. diilhamkan mimpi dari Allah. Mimpi berkenaan menyembelih anaknya. Seharian Baginda berfikir & tertanya-tanya pada dirinya, adakah mimpi itu dari Allah atau mainan syaitan?

Tertanya-tanya itu disebut sebagai 'yurowwi' (يروي).

Inilah antara sebab 8 Zulhijjah digelar hari Tarwiyah.

Jadi, selamat berpuasa di hari Tarwiyah! Jika tidak berkesempatan, jom kita usahakan puasa pada 9 Zulhijjah yakni hari Arafah. 


Rujukan : Irsyad Al Hadith Siri Ke - 404 : Apakah Maksud Hari Tarwiyah & Apakah Kelebihannya