LIMITED PROMO UP TO 25% OFF
Carilah Penawar Buat Hatimu...

Tempoh lockdown ini, ramai yang diuji dengan kesunyian, kebimbangan bersangatan, kerisauan yang sukar dibendung.

Dapatkan bantuan profesional & pihak berwajib. Tak kira ia libatkan kesihatan luaran malah lebih lagi dalaman.

Pelbagaikan usaha kita dalam menanganinya. Bersabar adalah satu jalannya, namun ia akan lebih impactful apabila kita bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Bukankah Allah sudah berkata dalam kalam agungNya,

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." (Ar-Ra'd : 11)

Cuba kita lihat situasi ini.

Situasi 1 : Lelaki A teringin makan buah epal merah. Namun buah epal yang ranum itu masih terletak utuh di ranting pokok. Lelaki A pun terus sabar menunggu, duduk di bawah pokok itu, menanti buah untuk gugur.

Situasi 2 : Lelaki B teringin makan buah epal merah. Buah yang ranum itu masih terletak utuh di ranting pokok. Lelaki B pun terus mengambil tangga, lalu memanjatnya. Buah epal itu dapat dimakan bukan sekadar sebiji tetapi sehingga kekenyangan.

Jadi, jika kita lihat 2 situasi ini, siapa yang lebih beruntung dan pantas bertindak?

Sudah tentulah lelaki B. Dalam kesabarannya, dia tetap berusaha untuk dapatkan buah epal merah itu.

Jadi, di sini kami kongsikan 5 penawar yang boleh diusahakan bagi mengubat hati.

1) Baca Al-Quran & hayati maknanya

Bezakan bila sekadar baca, berbanding baca dan memahami maknanya? Pasti akan lebih feel bila fahami intipati bacaan itu. Sampai satu tahap, kita boleh menangis gembira dengan janji-Nya, jua menangis kerana rasa taqwa pada-Nya. Subhanallah!

2) Bangun beribadah di malam hari (qiyamullail)

Pelbagaikan amalan waktu ini. Tidak semestinya hanya solat sunat. Kita boleh manfaatkan masa keemasan ini dengan membaca Al-Quran, bertasbih, mendengar tazkirah. Selain itu, kita boleh membaca bahan rujukan agama dan belajar ilmu yang baik lagi bermanfaat.

3) Kosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa

Biasakan kita dengar, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang?

Ya, sebenarnya amalan ini sangat baik. Selain itu, amalkan pinggan sihat Malaysia suku-suku-separuh. Lazimi juga puasa Isnin &  Khamis semampunya. 

4)  Berkumpul bersama orang soleh

Walau tidak dapat berkumpul di jalanan, kita boleh usaha untuk bertemu di media sosial dan maya, kan? Kelas dan seminar tumbuh seperti cendawan lepas hujan di musim COVID ini.

5) Berzikir & hampirkan diri pada Allah

Include kan Allah dalam kehidupan kita. Bagaimana?

Mulakan setiap kebaikan dengan Bismillah hatta nak ambil pinggan di dapur sekalipun.

Akhiri setiap perkara baik dengan Alhamdulillah.

Sentiasa perbaiki & refresh niat, agak bersih dan tidak tersasar dari matlamatnya

Semoga sedikit perkongsian ini, dapat kita amalkan dalam kehidupan.

Selamat berterusan menjadi hamba yang baik di sisi-Nya!