Pernah dengar hari Tarwiyah?
Hari Tarwiyah adalah hari ke-8 dalam bulan Zulhijjah. Ia adalah salah satu hari yang sangat istimewa buat umat Islam.
Hari ini, kita disunatkan untuk berpuasa, lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak menunaikan haji.
Namun, kenapa ia diistilahkan sebagai hari Tarwiyah?
Disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya, bahawa ada 2 sebab hari ini dinamakan hari Tarwiyah.
- Setelah jemaah haji yang berihram , akan bergerak ke Mina untuk bermalam. Ketika di Mina, para jemaah akan menyiapkan bekalan air untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan sebagai 'Yatarowwaun' (يتروون).
- Dinamakan juga Tarwiyah, kerana pada malam tersebut, Nabi Ibrahim a.s. diilhamkan mimpi dari Allah. Mimpi berkenaan menyembelih anaknya. Seharian Baginda berfikir & tertanya-tanya pada dirinya, adakah mimpi itu dari Allah atau mainan syaitan?
Tertanya-tanya itu disebut sebagai 'yurowwi' (يروي).
Inilah antara sebab 8 Zulhijjah digelar hari Tarwiyah.
Jadi, selamat berpuasa di hari Tarwiyah! Jika tidak berkesempatan, jom kita usahakan puasa pada 9 Zulhijjah yakni hari Arafah.
Rujukan : Irsyad Al Hadith Siri Ke - 404 : Apakah Maksud Hari Tarwiyah & Apakah Kelebihannya