LIMITED PROMO UP TO 25% OFF
5 Kelazatan Hidup

Alhamdulillah, sedar tidak sedar, kita dah menginjak ke bulan Julai. Sangat bermakna buat umat Islam kerana jatuhnya Aidil Adha pada bulan ini.

Ada yang berpeluang untuk menunaikan ibadah korban tahun ini? Walau dalam zaman pandemik yang tidak menentu ini, ia tidak menjadi kekangan untuk kita usahakan. Syabas dan tahniah buat mereka yang libatkan diri! Buat yang belum berpeluang, it's okay. Insha Allah kita niat dan usahakan untuk next year pula!

Kembali kepada topik, hari ini kami ingin kongsikan singkapan makna nama Allah; Ar Rahman. Kami peroleh dari perkongsian kuliah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Amin).

Ar Rahman bermaksud Allah Maha Pemurah. Maha Pemurahnya Allah pada setiap manusia, tidak kira agama apa sekalipun. Terdapat 5 kelazatan hidup / nikmat yang kita boleh peroleh dari Allah Ar Rahman :

1. Nikmat Asasiyah
- nikmat yang menyempurnakan kita sebagai manusia
a) Secara semulajadi seperti anggota badan
b) Dengan diusahakan seperti makanan, tempat tinggal, kenderaan

2. Nikmat Qalbiyah
- menyuburkan & menyenangkan hati seperti pasangan, anak-anak, pakaian yang bagus dan sebagainya

3. Nikmat Badaniyah 
- anugerah kesihatan pada tubuh badan kita

4. Nikmat 'Aqliyah
- mempunyai akal yang baik seperti mudah belajar, kuat ingatan, kebijaksanaan

5. Nikmat Imaniyah
- anugerah keimanan dari Allah & Allah boleh tambahkan nikmat pada keimanan yang sedia ada

Masha Allah, bila kita lihat kesemua 5 nikmat ini, kita dapat rasai betapa Allah Maha Pemurah pada kita semua. Allah memberi tanpa sedikit pun mengurangkan keagunganNya.

Semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat ini dan digunakan menuju jalan kebaikan. Ameen Ya Rabb. heart